Adab Bersahabat

Sabda Nabi saw:

Seseorang itu adalah atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai rakan.”

Al-Qamah, seorang ulama yang masyhur suatu ketika dahulu memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:

  1. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu menguasahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
  2. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
  3. Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.
  4. Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Imam al-Ghazali telah menyenaraikan adab-adab bersahabat di dalam kitab Bidayatul Hidayah. Antaranya:

  1. Melebihkan saudara/sahabatnya itu dengan hartanya (apa yg dimiliki).                           ~Sepertimana dia berkehendakkan sesuatu kebaikan untuk dirinya, begitu jugalah yang dia harapkan buat sahabatnya (mendapat kebaikan yang sama).                                                        ~Memberikan hartanya padahal dirinya berhajat kepada harta itu.
  2. Menghulurkan bantuan kepada sahabatnya walaupun tanpa diminta.
  3. Menyembunyikan akan rahsia sahabatnya.
  4. Menutup aib sahabatnya.
  5. Apabila terdengar celaan seseorang kepada sahabatnya,tidak disampaikan celaan tersebut kepada sahabatnya itu.
  6. Apabila diketahui sahabatnya dicela,maka janganlah ia sesekali mendengar celaan itu.
  7. Apabila diketahui sahabatnya dipuji, maka hendaklah ia menyampaikan pujian tersebut kepada    sahabatnya itu.
  8. Hendaklah memberi perhatian kepada sahabatnya tatkala ia berbicara.
  9. Menghindarkan diri dari berbantah-bantah dengan sahabatnya.
  10. Apabila melihat kebajikan yang dibuat oleh sahabatnya,maka hendaklah ia memuji akan sahabatnya.
  11. Menegah orang yang sedang mencela sahabatnya walaupun ketika ketiadaan sahabatnya.
  12. Memberi nasihat dan teguran kepada sahabat apabila diminta.
  13. Memaafkan segala kesalahan sahabatnya itu dan tidak mencacinya atas kesalahan yang telah dilakukan.
  14. Sentiasa mendoakan kebaikan kepada sahabat sama ada yang masih hidup atau telah mati.
  15. Hendaklah membuat kebajikan kepada sahabatnya dan kepada keluarganya apabila dia telah meninggal dunia.
  16.  Tidak memberati akan sahabatnya itu daripada suatu hajatnya supaya senang hati sahabat itu dari kesusahan.
  17.  Mendahului memberi salam ketika berjumpa sahabatnya.
  18. Memuliakan akan sahabatnya itu akan segenap hal kebaikan.
  19. Apabila sahabatnya berkata, hendaklah dia mendengar sehingga selesai sahabatnya berkata, sesudah itu barulah dia berkata.

Saidina Ali berkata:

Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu (ketika susah dan senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, dan sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu.”

Abu Sulaiman al-Darani ra mengingatkan kita agar melihat dua sifat ini pada seseorang sebelum memilihnya sebagai rakan:

(1)     Orang yang mudah engkau berurusan dalam kehidupan seharian.

(2)     Orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.
Setiap individu muslim mempunyai hak yang perlu ditunaikan terhadap sahabatnya. Janganlah sekadar menagih hak kita (sebagai sahabat kepada muslim yang lain), dan mengabaikan hak sahabat lain yang perlu kita tunaikan.Tahap+Ukhuwwah,jjj

One comment on “Adab Bersahabat

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s